Cara Sembuhkan Penyakit Gout (Arthritis) Secara Semulajadi Dengan Buah Betik Dan Teh

Penyakit gout atau dalam bahasa Inggeris arthritis disebabkan kandungan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Biasanya gout berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan seperti daging, udang, sotong, kerang, kubis, kekacang, jagung dan sebagainya.

Selain berjumpa dengan doktor pakar, berikut adalah kaedah merawat penyakit gout secara semulajadi dengan buah betik.

Kaedah 1

Kaedah ini dikatakan amat berkesan sekali oleh member2 yang diserang penyakit gout. Caranya ialah ambil buah betik yang matang tetapi kulit masih hijau lalu dipotong macam kiub kecil, kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi air dan masak sehingga mendidih. Masukkan daun teh macam kita buat minuman teh biasa. Amalkan sebelum tidur, insyahallah gout akan hilang.

Kaedah 2

Ambil sebiji betik yang telah matang tetapi kulitnya masih berwarna hijau, dipotong bahagian atasnya dan buang semua biji betik tersebut. Masukkan daun teh ke dalamnya dan tuang air panas macam buat teh biasa. Tutup semula bahagian atas tadi selama beberapa minit, biarkan sehingga suam dan minum airnya sebelum tidur, insyahallah gout segera sembuh.

Kaedah 3

Ambil betik muda dan salai di atas api tanpa membelahnya kemudian letakkan tapak kaki anda di atas betik tersebut sambil gelek-gelek dengan kaki anda seperti bertunku. Insyaallah gout akan berkurangan.

Ujian klinikal yang telah dilakukan oleh Profesor Lai dari Universiti bahagian farmasi di China menunjukkan petua semulajadi ini amat baik bagi pesakit Gout jika diamalkan secara konsisten.

Dicadangkan supaya amalkan meminum formula ini setiap hari selama seminggu, sakit gout akan sembuh dan selepas dua minggu, sendi yang diserang gout akan pulih seperti biasa.

Sekiranya sakit gout telah pulih namun kandungan asid urik dalam badan masih tinggi, anda disarankan mengamalkan formula ini antara 1-3 kali setiap bulan bagi mengelakkan penyakit gout kembali.

Selamat mencuba! jangan lupa like dan follow fb PSP untuk dapatkan banyak lagi informasi kesihatan dan pertanian.

0 Response to "Cara Sembuhkan Penyakit Gout (Arthritis) Secara Semulajadi Dengan Buah Betik Dan Teh"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel