Mencegah Penuaan Pramatang, Menguatkan Tulang...Inilah Manfaat Bayam Brazil Yang Ramai Ingin Menanamnya Di Halaman Rumah...
Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo mungkin tidak berapa popular di negara kita, namun sayur ini mempunyai banyak khasiat yang ramai tidak tahu!
Tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan.
Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun.
Antara resipi popular yang menggunakan sayuran bayam ini ialah Sup Bayam Brazil dan Suhun, Gulai Lemak Bayam Brazil, Sayur Tumis Bayam Brazil, Bayam Brazil Goreng Belacan dan Bayam Brazil Goreng Tepung.
Inilah khasiat Bayam Brazil yang ramai tidak tahu, akak wajib tanam depan rumah, senang je tumbuh...
Menurut kajian, ada banyak khasiat Bayam Brazil ni yang ramai tidak tahu atau kurang pendedahan mengenai manfaat sayur ini.
Bukan sahaja senang ditanam depan rumah dan sedap rasanya, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya. Amat rugi jika tidak menanam sayur ini.
Antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, kaya dengan vitamin K serta mampu menguatkan tulang.
Selain itu Bayam Brazil juga boleh membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan mengelakkan simbelit.
Amalan memakan Bayam Brazil mampu membantu melancarkan darah, mencegah anemia serta masalah gusi, mengekalkan stamina badan serta amat baik untuk pembesaran pada kanak-kanak.
Buat ibu-ibu yang mengandung, memakan Bayam Brazil sangat baik untuk mengekalkan kesihatan sebelum bersalin, ia juga membantu mengekalkan kesihatan mulut serta amat baik untuk mencegah penuaan Pramatang.
.
.
.
Mulai hari ini, akak tanam sayur ni kerana ada banyak khasiat yang terkandung dalam sayur ini... memang rugi kalau tidak memakannya...
Semoga bermanfaat. Jangan lupa like dan share di wall anda. Follow page PSP dan fb penulis Donny Ien. Terima kasih.
Image: drhealthbenefits.com |
0 Response to "Mencegah Penuaan Pramatang, Menguatkan Tulang...Inilah Manfaat Bayam Brazil Yang Ramai Ingin Menanamnya Di Halaman Rumah..."
Post a Comment