Sejarah Durian Paling Sedap & Mahal - Musang King (D197) Yang Ramai Tidak Tahu
Sejarah D197 - Musang King atau Raja Kunyit yang ramai tidak tahu
Ramai yang tidak tahu durian paling sedap di dunia iaitu, Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit sebenarnya berasal dari Kelantan.
Pohon induk asalnya dipercayai tumbuh di Pulau Raya, berhampiran dengan pekan Tanah Merah Kelantan.
Pokok tersebut ditanam sekitar tahun 1800 oleh seorang lelaki bernama Chung Chun Seng yang berhijrah dari China ke pulau tersebut pada tahun 1790.
Pohon Induk Durian Raja Kunyit hidup di pulau Raya sehingga mati akibat dipanah petir pada tahun 1974.
Sebelum mati di sambar petir, seorang pekebun bernama Wee Chong Beng sempat mencambil tunas dan membiak mata tunas durian Raja Kunyit.
Beliau menanam baka durian tersebut seluas 2 hektar pada tahun 1970. Pada mulanya Wee Chong Beng hanya memasarkan durian tersebut di sekitar Tanah Merah dan Kota Baharu.
Pada tahun 80an, durian raja kunyit mula di tanam meluas disekitar Pahang dan Gua Musang sehingga di seluruh negara dan luar negara.
Hanya selepas 20 tahun, durian Raja Kunyit barulah didaftarkan oleh Wee Chong Beng dengan Jabatan Pertanian dengan kod pendaftaran D197 pada tahun 1993.
Musang King adalah nama baru bagi Raja Kunyit dan mula popular di rantau asia seperti Singapore, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Batu yang ditulis oleh Chung Ting Bun sebagai bukti Raja Kunyit ditanam di Pulau Raya
inilah pohon asal raja kunyit paling tua yang terletak di Kelantan berumur 40 tahun |
Pokok induk raja kunyit yang diserang 'kanker batang' perlu di rawat segera. Pokok ini amat penting sebagai rujukan di masa hadapan.
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Ien
Kredit image: Dr Abdul Aziz Zakaria (bekas pensyarah UPM Serdang , Azmi abd rashid via PPDM
0 Response to "Sejarah Durian Paling Sedap & Mahal - Musang King (D197) Yang Ramai Tidak Tahu "
Post a Comment