15 Tahun Suami Menderita Sakit Gout, Akhirnya 3 Bahan Ini Sembuhkannya Dalam 1 Bulan

15 Tahun Suami Menderita Sakit Gout, Akhirnya 3 Bahan Ini Sembuhkannya Dalam 1 Bulan

Gout merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada lebihan asid urik dalam tubuh. Gout biasanya akan menyerang pada bahagian jari kaki, tangan, sendi, lutut dan buku lali.

Selain berjumpa dengan doktor pakar, gout boleh dirawat secara semulajadi dengan mengamalkan petua yang dikongsikan oleh Cik Mel Neena. Menurutnya, petua ini sudah diamalkan oleh suaminya yang menderita gout selama 15 tahun. alhamdulillah, memang amat berkesan. 1 bulan dah sembuh sepenuhnya.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1 biji timun

2 batang saderi/celery

3 hirisan lemon, kena buang bijinya nanti pahit

CARA-CARA MEMBUAT

1. Kisar. Masukkan semua dalam slow juice maker, kat Lazada ada jual, harga dalam RM179, untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Dapatlah dalam dua gelas jus.

Kalau tak ada slow juice maker, mesin pengisar / blender pun boleh juga. Tambah satu gelas air dan kisar semua bahan tadi dan tapis jusnya..

2. Amalkan meminum 2 kali sehari. Satu gelas selepas bangun tidur iaitu awal pagi dan satu gelas sebelum masuk tidur pada waktu malam.

Pada masa yang sama, perlulah jaga pemakanan dan mengawal diet setiap hari, amalkan gaya hidup yang sihat.

Semoga bermanfaat.

Image: Siraplimau.com

0 Response to "15 Tahun Suami Menderita Sakit Gout, Akhirnya 3 Bahan Ini Sembuhkannya Dalam 1 Bulan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel