Akak Tak Perlu Beli Ubi Lepas Ni, Begini Cara Mudah Tanam Ubi Manis Dalam Guni
Ubi manis /ubi keledek atau sweet potato adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan amat senang ditanam.
Kalau pergi tamu atau pasar, tak sah kalau tidak beli ubi manis ni sebab mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh.
Antara khasiat ubi manis ni ialah membekalkan tenaga, kaya dengan vitamin C yang baik untuk tulang, gigi, penghadaman dan pembentukan sel darah.
Selain itu, ubi manis mengandungi zat besi yang membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres dan memetabolismekan protin.
Ubi manis juga kaya dengan potassium yang mengawal degupan jantung dan signal saraf, mengawal aktiviti buah pinggang dan mengurangkan bengkak.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memakan ubi dalam diet mereka.
Karotenoid yang terdapat pada ubi kayu mampu melawan kanser dan meningkatkan daya tahan penyakit seseorang.
So, mulai hari ini amalkan memakan ubi manis setiap hari kerana ia mempunyai banyak khasiat.
CARA TANAM UBI MANIS /KELEDEK DALAM GUNI ATAU KARUNG
Bagi anda yang tidak mempunyai kawasan menanam yang luas, anda boleh cuba cara ini. Ambil pucuk ubi dibahagian paling hujung.
Isi guni dengan tanah hitam dicampur dengan pasir dan baja subur, tak kisah la berapa karung yang korang nak isi, lagi banyak karung, lagi banyaklah hasilnya
tebuk lubang pada karung tersebut dan cucuk pucuk ubi tadi pada lubang tersebut, siram setiap hari, ubi akan berbuah lebih kurang 4-5 bulan
hasil tuaian, nak buat bubur manis pun sodap ni...
Mudah kan? lepas ni akak tak perlu lagi beli ubi, dah ada idea nak tanam ubi dalam guni.. jom tanam!
Semoga bermanfaa untuk semua pembaca. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi informasi pertanian.
0 Response to "Akak Tak Perlu Beli Ubi Lepas Ni, Begini Cara Mudah Tanam Ubi Manis Dalam Guni "
Post a Comment