Cara Merawat Kurap Dengan Rumput Sambau
Rumput sambau atau nama lainnya rumput kaki angsa / gelang sambau merupakan tumbuhan liar yang senang tumbuh dimana-mana.
Sesetengah orang namakannya rumput 'degil' kerana tumbuhan ini sukar di hapuskan walaupun menggunakan racun.
Namun, tahukah anda, rumput ini mempunyai manfaatnya tersendiri yang masih ramai tidak tahu. Sebab itulah setiap pokok yang Tuhan ciptakan di bumi ada kegunaannya.
Menerusi perkongsian Syeera Azhar di laman sosial, dia bagitahu bagaimana rumput sambau ini boleh merawat penyakit kulit seperti kurap.
Cara merawat kurap dengan rumput sambau
- keluar rumah, buat tinjaun tengok sekeliling rumput-rumput kalau ada dan jumpa
- cabut rumput tu dengan akar-akar sekali, basuh la sampai bersih
- lepastu bancuh bedak sejuk, masa nak sapu tu guna akar dia untuk sapu kat kayap tu..
- Jangan guna tangan, bagi akar dia yang kena kayap tu
Penting : Mestilah orang lain yang buatkan, bukan buat sendiri.
Masa sapu baca Alfatihah dan juga selawat mohon supaya di berikan kesembuhan, insyahallah dengan izin Allah, boleh kurap sembuh.
Kredit: Syeera Azhar
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan share artikel ini kepada kawan-kawan. Terima kasih.
0 Response to "Cara Merawat Kurap Dengan Rumput Sambau "
Post a Comment