"Lepas Minum Air Rebusan Kulit Manggis, Buasir Saya Sembuh" - Petua Merawat Buasir Dengan Kulit Manggis Yang Ramai Tidak Tahu
Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang menyebabkan pembengkakan vena pada bahagian lubang dubur atau rektum seseorang.
Apabila vena ini membonjol terkeluar ketika membuang air besar, ia akan menyebabkan membran di bahagian dubur terasa sakit dan berdarah.
Pemakanan yang tidak seimbang antara penyebab utama penyakit buasir dikalangan rakyat Malaysia.
Saya sendiri pernah alaminya sewaktu bekerja di pulau pinang beberapa tahun lepas.
Bayangkan hampir setiap hari pekena nasi kandar dan kurang minum air putih serta buah-buahan, sakit buasir ketika meneran hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Hampir-hampir nak buat OP ketika itu. Bila difikirkan balik, benda boleh dirawat kenapa nak potong!
Sejak dari kejadian tersebut, saya selalu amalkan makanan seimbang serta banyakkan minum air putih serta memakan buah-buahan sebelum mengambil makanan.
Petua Merawat BUASIR dengan Kulit Manggis
Tahukah anda, selain ubat-ubatan yang di beri oleh doktor, kulit manggis boleh sembuhkan buasir secara semulajadi tanpa buat pembedahan.
Caranya ialah basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 gelas air sehingga menjadi 1 gelas. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan setiap hari sehingga buasir sembuh.
Selain buahnya yang memberi banyak khasiat seperti vitamin C, kulitnya amat baik untuk menyembuhkan penyakit buasir yang masih ramai tidak tahu.
Mulai sekarang, lepas makan manggis, jangan buang kulitnya, kumpulkan dan keringkan dan simpan untuk merawat buasir.
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan follow page dan FB saya Donny ien.
Kredit Image: Google, facebook
0 Response to ""Lepas Minum Air Rebusan Kulit Manggis, Buasir Saya Sembuh" - Petua Merawat Buasir Dengan Kulit Manggis Yang Ramai Tidak Tahu"
Post a Comment