Doktor Kongsikan Petua Jus Epal Campur Timun Untuk Elak Anak Demam Dan Selesma
Mengunyah sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup baik untuk membekalkan vitamin C serta menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
Manakala timun pula boleh menggantikan kekurangan air dalam tubuh kerana timun mengandungi air selain baik untuk melawan kanser.
Selain itu, jus epal dicampur dengan timun juga amat baik untuk mengelak demam panas dan selesma pada kanak-kanak.
Ibu-ibu boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Dr Izaza Mohd Zan ini untuk anak-anak demam dan selesma, selain makan ubat dari hospital.
Bahan-bahan untuk buat jus minuman ni sangat mudah, jimat dan senang nak dapat. Boleh beli kat mana-mana pasaraya besar atau morning market.
Bahan-bahannya adalah 2 biji epal hijau, 1 biji timun Jepun, separuh lemon (perahan jus lemon) dan 2 sudu besar madu lebah.
Kalau korg guna cold press juicer tak perlu tambah air, tapi kalau guna pengisar, perlu tambah 2 gelas air suam. Lepas kisar boleh tapis juice untuk kanak-kanak atau diminum terus pun boleh.
InsyaAllah, jus semulajadi ini bukan sahaja amat baik untuk kesihatan tubuh, tapi bagus untuk kesihatan gusi. Vitamin C yang terkandung dalam buah ini amat baik untuk cegah gusi berdarah.
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan share pada kawan-kawan. Terima kasih.
Sumber: Facebook Dr Izaza Mohd Zan
0 Response to "Doktor Kongsikan Petua Jus Epal Campur Timun Untuk Elak Anak Demam Dan Selesma"
Post a Comment