Cara Buat Cantuman Dewasa Pokok Durian Musang King Agar Berbuah 3 Tahun Sahaja!
Shallom! terima kasih sudi singgah di blog PSP, blog yang banyak berkongsi tip-tip pertanian. Saya Don, penulis Blog ini. Artikel malam ini saya kongsikan cara buat cantuman durian dewasa.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya pokok durian yang sudah besar, tapi buanya tidak berapa elok atau sedap, kita boleh gantikan dengan pokok yang lebih baik kualitinya seperti Musang King dan Duri Hitam melalui kaedah cantuman Dewasa.
Tujuan cantuman dewasa adalah bagi memulihkan pokok durian yang tidak produktif dan menggantikan varieti atau klon durian yang kurang mendapat sambutan terutama durian kampung kepada varieti baru durian yang lebih berkualiti dan bernilai tinggi di pasaran dalam dan luar negara.
Kelebihan cantuman dewasa
1. Tidak mengira usia pokok
2. Pemulihan kebun durian tanpa penanaman semula benih baru
3. Sangat menjimatkan kos
4. Berbuah lebih cepat iaitu seawal 3 tahun
Cara Cantuman Dewasa Pokok Durian
1. Ambil sion atau mata tunas dari pokok induk, saya sarankan tanam durian Musang King kerana ianya mendapat permintaan tinggi di pasaran serta rasanya yang sangat sedap dimakan. Ini testimoni saya sendiri, so far, durian Musang King adalah durian terbaik pernah saya makan.
2. Tips untuk buat cantuman, ambil pucuk D197 yang sedang-sedang, tidak terlalu keras dan tidak terlalu muda. Pastikan tunas adalah baka yang betul dan diperaku ketulenannya. Tak pasal-pasal bila dah berbuah keluar klon lain.
Ini adalah pokok penanti dewasa yang tidak berkualiti, yang kita akan tukar kepada pokok durian Musang King melalui teknik cantuman dewasa
3. Mula-mula kikis pada batang pokok durian atau memaras pada tapak cantuman. Paras ketinggian pada cantuman adalah 1.2-1.5 meter
4. Paras kulit pada pokok sehingga ke lapisan kambiun eperti dalam gambar di atas
5. Buat torehan pada tapak cantuman bagi membuat tapak untuk menyandingkan sion
6. Pasang paku berukuran 4 cm di kiri dan kanan tapak cantuman tadi seperti dalam gambar di bawah
7. Sediakan sion cantuman
8. Raut separuh pada sion cantuman seperti dalam gambar di bawah. lakukan dengan berhati-hati supaya sion dan mata tunas tidak patah dan rosak, pastikan pisau bersih sebelum buat rautan.
9. Sandingkan sion yang di raut tadi ke tapak cantuman seperti gambar di atas. Pastikan rautan sion tadi bercantum dengan bahagian kayu pokok penanti dewasa.
10. Balut sion menggunakan pita cantuman dengan berpaut pada paku yang di tanam tadi, Pita cantuman boleh dibeli di nurseri pokok buah-buahan atau beli je online, kat lazada pun ada..
Biasanya tunas baru akan keluar selepas 1 bulan jika cantuman berjaya. Jika sebaliknya, proses yang sama akan diulang hingga berjaya.
11. Selepas 1 tahun, potong batang pokok dewasa ke paras tapak cantuman. Pastikan menyapu cat pada potongan tadi supaya tidak dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan jangkitan pada cantuman baru.
Pokok baru yang tumbuh tadi perlu disokong dengan mengikat besi, kayu atau buluh supaya tidak patah
Pokok D24 kini bertukar menjadi pokok Musang King
Inilah hasil cantuman selepas 3 tahun, pokok d197 yang telah buat cantuman dewasa akan berbuah, tak perlu tunggu lama-lama, atau tanam dengan benih pokok yang masih kecil yang biasanya menunggu 5 tahun untuk berbuah jika diberi baja dan penjagaan yang teratur.
Tonton VIDEO dibawah dengan lebih jelas:
Kredit: Muhd Rizal
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa follow fb saya Donny Bin Ien untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.
0 Response to "Cara Buat Cantuman Dewasa Pokok Durian Musang King Agar Berbuah 3 Tahun Sahaja!"
Post a Comment