Cara Buat Cantuman Pokok Durian Menggunakan Pucuk Muda 100% Menjadi!

Cantuman durian merupakan salah satu kaedah untuk mempercepatkan pokok durian berbuah iaitu bermula seawal 3 tahun keatas berbanding ditanam melalui biji yang mula berbuah 6 hingga 10 tahun.

Ada beberapa cara atau kaedah untuk mencantum pokok durian yang sering dilakukan seperti cantuman baji, cantuman mata tunas, cantuman sisi, cantuman sanding, marcotting atau TUT dan sebagainya.

Kali ini saya mahu kongsikan teknik mencantum pokok durian melalui pucuk muda.

Cantuman ini menggunakan pucuk muda yang lembut dan bersaiz 1-3 inci saja.

Cara cantumannya ialah:

1. Hiris sebelah bawah pucuk setengah inci secara merencong.

2. Kopek kulit pokok penanti yang sihat.

3. Ikat getah bagi menyokong pucuk supaya tetap kedudukan.

3. Tampal pucuk dan balutkan.

Selamat mencuba, moga berjaya..InsyaAllah.. jika ada sebarang pertanyaan, jangan malu-malu jangan segan segan, tinggalkan di ruangan komen.

Tnton video dibawah dengan lebih jelas yang dikongsikan oleh Zawawi Abdul Razak @PACM

Kalau tak dapat play video tu, sila klik link inihttps://www.facebook.com/zawawi.abdulrazak.77/videos/pcb.364300667391786/364298934058626/?type=3&theater&ifg=1

0 Response to "Cara Buat Cantuman Pokok Durian Menggunakan Pucuk Muda 100% Menjadi!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel