Panduan lengkap Menanam Buluh Madu Komersial Untuk Menjana Pendapatan Lumayan!
Buluh Madu yang dipercayai berasal dari Thailand merupakan pokok yang senang ditanam dan diselenggara selain mampu memberi hasil yang berterusan dan lumayan. Bak kata Teresa Kok, lupakan sawit, jom tanam buluh!
Kelebihan buluh madu berbanding buluh yang lain adalah ia tidak miang, rasa rebungnya yang lebih lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk selain boleh dijadikan sebagai jeruk manisan, tepung, kerepek, dan boleh juga dijadikan sebagai pokok hiasan.
Pokok buluh ini senang tumbuh dan tidak memilih jenis tanah, namun lebih baik tanam di kawasan yang mempunyai saliran yang baik.
Sebelum memulakan penanaman, adalah disyorkan untuk menabur kapur GML+organic+CIRP pada lubang tanaman bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.
Ada tiga cara mendapatkan anak benih rebung madu iaitu dari biji, tissue culture dan daripada anak pokok selepas rebung diambil namun cara pertama dan kedua jarang-jarang dibuat kerana sukar mendapatkan biji dan memerlukan kos yang tinggi.
Cara ketiga lebih senang dibuat kerana keratan batang senang diperolehi dan senang ditanam. Keratan batang yang ditanam memerlukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ruas.
Dahan yang dipilih haruslah bebas dari sebarang penyakit, segar dan baru. Keratan yang dipotong seeloknya ditanam segera bagi mengelakkan ia kering dan tidak tumbuh.
Untuk menggalakkan pertumbuhan akar yang cepat, digalakkan untuk menyapu hormon penggalak akar pada keratan dahan.
Petua untuk mengambil dahan untuk ditanam, seeloknya potong bahagian tengah dan atas batang buluh yang berusia dua hingga tiga tahun kerana ia didapati mempunyai kadar kehidupan yang baik.
Benih buluh madu yang sedia untuk ditanam |
Benih yang sedia ditanam ialah sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan selepas ditanam dalam polybag, iaitu selepas akar sudah tumbuh
Sebelum benih ditanam, keratan dibiarkan di tapak semaian selama tiga hingga empat bulan iaitu hingga keratan itu berakar.
1 ekar tanah dapat ditanam lebih kurang 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan kaedah tanaman 12 kaki x 12 kaki atau 15 kaki x 20 kaki.
Sebelum hasil pertama dituai, rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu lebih kurang 5 hingga7 batang bagi satu rumpun.
Buluh madu perlu dicuci dan dipangkas bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun untuk menjimatkan kos membaja.
Penyiraman anak pokok yang baru ditanam perlu dilakukan dua kali sehari sehingga 1 bulan bagi mengelak pokok daripada mati kekurangan air.
Baja yang digunakan ialah NPK hijau 15:15:15 dan perlu dibaja sekali dalam tiga bulan dengan kadar 100 hingga 300 kg/ha.
Pokok buluh tidak memerlukan kawalan serangga perosak yang spesifik kerana sifatnya yang tumbuh liar dan tahan lasak serta senang dijaga.
Jangka masa tuaian bagi buluh madu adalah sekitar 8 bulan hingga 1 tahun bergantung pada cara penjagaanya. Rebung madu ini biasanya boleh dituai apabila tinggi sudah mencapai 1 meter dan setiap rumpun mampu menghasilkan kira-kira 2 kilogram rebung setiap bulan.
Bagi mengelakkan proses pengoksidaan, rebung perlu di tuai dan diproses dengan kadar segera. Harga bagi sekilogram rebung madu adalah sekitar RM3 hingga RM7 bergantung pada tempat jualan.
Sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan diruangan komen dibawah.
Kerepek buluh madu |
Semoga bermanfaat untuk pembaca blog PSP. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Ien
.
Artikel diperolehi darihttp://suktra.terengganu.gov.my/,http://www.hmetro.com.my/ dan ditulis semula dengan cara sendiri.
0 Response to "Panduan lengkap Menanam Buluh Madu Komersial Untuk Menjana Pendapatan Lumayan!"
Post a Comment