Geramnyer! Tengoklah Sawi Akak Ni Gebu-gebu! Begini Cara Menanam Sayur Tanpa Menggunakan Tanah (Hidroponik)

Hidroponik ialah sebuah konsep bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah sebaliknya menggunakan cecair yang disokong sepenuhnya oleh baja yang selalunya dipanggil baja AB dalam bentuk larutan. Di Malaysia sistem ini bermula aktif sekitar tahun 2016.

Kelebihan kaedah ini ialah pengeluaran hasil lebih tinggi, sayuran yang ditanam seragam kerana bahan nutrien yang diberikan seragam, serangga bawaan tanah dapat dielakkan serta tidak memerlukan kos merumpai dan membajak tanah.

Bagi anda yang berminat menanam sayur tapi tidak mempunyai tanah yang luas, kaedah hidroponik adalah pilihan yang paling tepat. Anda boleh ikut cara-cara yang saya kongsikan dibawah.

Alat-alat yang diperlukan

1. Rockwool

2. Gergaji besi

3. Sprayer

4. Benih sawi

5. lidi atau pencungkil gigi

Potong Rockwool setebal 2-3 cm menggunakan gergaji besi

Rockwool dipotong menjadi 18 bahagian

Lubang setiap Rockwool tadi dengan menggunakan lidi atau pencungkil gigi

Masukkan benih sawi kedalam lubang

Spray Rockwool setiap hari supaya sentiasa lembab dan tidak kering

Letakkan dibawah matahari

Selepas 6 hari benih sawi mula bercambah

Selepas 10 hari, sayur sawi perlu dipindahkan ke dalam net pot hidroponik, boleh beli di kedai pertanian atau secara online, harga murah je...

Selepas 16 hari sawi semakin membesar, kepekatan baja yang digunakan dinaikkan kepada 1:000 ppm (Part per million)

Selepas 24 hari, kepekatan nutrisi dinaikkan lagi menjadi 1.200 ppm

Sayur sawi selepas 30 hari

Sedia untuk di masak. Nak goreng dengan telur pun sedap! yummy!

Sila tonton video di bawah dengan lebih jelas, kredit vid Hidroponikpedia

Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page kami dan follow fb Donny bin Ien / ig @donnyien

0 Response to "Geramnyer! Tengoklah Sawi Akak Ni Gebu-gebu! Begini Cara Menanam Sayur Tanpa Menggunakan Tanah (Hidroponik) "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel