Khasiat Ubi Ungu Untuk Ibu Hamil
Image: Mesin Pertanian |
Bukan Sebarang Ubi, Inilah Khasiat Ubi Ungu untuk Ibu Hamil Yang Ramai Tidak Tahu
Ubi ungu adalah sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh dan dan senang diperolehi. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, anda disarankan untuk memakan ubi semasa hamil. Ubi ungu atau dikenal juga dengan sweet potato mengandungi banyak khasiat yang baik untuk ibu dan janin.
Dipetik dari Mom Junction, saya kongsikan kebaikan dan manfaat memakan ubi ungu seperti berikut:
Kaya Vitamin A
The American Pregnancy Association menyarankan agar anda memerlukan vitamin A sebanyak 700 mg per hari selama hamil. Dalam satu cawan sweet potato mengandungi 1922 mg vitamin A. Selain itu vitamin A amat baik untuk menjaga kesihatan mata serta sebagai antioksidan.
Kaya Vitamin C dan Zat Besi
Selain bermanfaat untuk mencegah ulser mulut, vitamin C juga diperlukan dalam penyerapan zat besi di dalam tubuh. Menurut National Institues of Health, ibu hamil memerlukan 80-85 mg vitamin C dan 27 mg zat besi. Satu cawan ubi manis mengandungi 39 mg vitamin C dan 1,38 mg zat besi.
Ibu hamil mudah terkena konstipasi atau susah buang air besar. Kandungan serat pada ubi ungu dapat membantu anda memenuhi keperluan serat. Ibu hamil disarankan mengambil kira-kira 22-28 mg serat per hari. Satu cawan ubi manis mengandungi 6,6 gram serat.
Mengandungi Vitamin B6
Vitamin B6 dapat mencegah rasa mual dan muntah serta dapat membantu pembentukan sel darah merah ketika hamil.
Menurut American Pregnancy Association, ibu hamil memerlukan 1,9 mg vitamin B6 setiap hari. Satu cawan ubi manis mengandungi 0,6 mg vitamin B6.
Semoga bermanfaat untuk para ibu-ibu diluar sana. Jangan lupa like dan share artikel ini. Terima kasih.
0 Response to "Khasiat Ubi Ungu Untuk Ibu Hamil"
Post a Comment