Kreatif Dan Tak Perlu Siram! Begini Cara Semai Benih Cili Dalam Botol Minyak Masak Terpakai

Cili padi (cili bara) atau dalam bahasa Dusun kami panggil lado momporok sememangnya antara cili paling pedas dan digemari ramai. Tak lengkap hidangan kalau tiada cili dalam menu. Cili boleh dimakan bersama dengan ikan, sup, ayam dan sebagainya.

Harga cili padi di pasaran diantara RM15-80 sekilo bergantung pada stok dan permintaan pelanggan. Anda boleh menjual cili padi di pasar, kedai, restoran dan atau supermarket. Selain itu cili padi boleh diproses menjadi Jeruk Cili yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Kalau Di Sabah saya meminati jeruk Cili + Tuhau, kalau dicampur dengan mee goreng dan telur memang amat menyelerakan!

Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana menyemai benih cili padi atau apa-apa jenis benih dalam botol minyak 5KG. Caranya amat senang, bahan-bahannya ialah botol minyak masak 5KG, tanah hitam, benih cili dan tali mop (boleh gunakan kain terbuang)

Mula mula potong dua botol minyak masak, isikan air + baja AB,

Tali mop

Lubangkan penutup botol dan masukkan tali mop seperti dalam gambar dibawah

masukkan tanah, kemudian semai benih cili

gambaran bagaimana tanam pokok dalam botol meneral

Semai selama beberapa hari

usia anak pokok cili lebih kurang dua minggu, pada peringkat ini anda bolehlah pindahkan anak benih ke polybag yang lebih besar sebelum ditanam ke dalam pasu besar atau di tanah

Atau.. anda boleh kekalkan benih cili dalam pasu tersebut, tengok pic dibawah

Image: Hasniza Ghani

hasil tanaman cili selepas 2 bulan lebih, meriah kan buahnya... tidak perlu beli cili di pasar, tanam sendiri ja, caranya amat mudah dan menjimatkan!

Selamat mencuba! jangan lupa follow fb saya Donny Bin Ien

0 Response to "Kreatif Dan Tak Perlu Siram! Begini Cara Semai Benih Cili Dalam Botol Minyak Masak Terpakai"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel