Malu Sungguh! Macam Orang Tua Padahal Umur Baru 26 Tahun. Begini Cara Berkesan Hilangkan Tumit Merekah...
PETUA HILANGKAN TUMIT MEREKAH
Nak nampak cantik tu tak kira umur. Siapa yang rajin dia la yang dapat hasil. Betul tak? kalau harap muka ja cantik dan licin bersih, tapi tumit kaki merekah dan pecah-pecah, tak sesuai kan?
Ada banyak petua semulajadi untuk merawat tumit kaki merekah ni selain ubat-ubatann atau losyen yang dibeli di Pharmasi. Antara petua yang anda boleh cuba ialah dengan menggunakan limau nipis dan garam.
Bahan-Bahan:
Limau nipis/ lemon
Garam Kasar
Berus gigi murah guna bulu yang kasar
Caranya:
1. Perahkan limau nipis atau lemon pada garam kasar.
2. Gosok atau sental perlahan-lahan pada bahagian tumit kaki yang merekah selama beberapa minit.
3. Jika limau sudah hancur atau lembik, cuba gosok dengan berus gigi pula.
Selesai! cuba amalkan selalu untuk dapatkan hasil yang berkesan. Lihat contoh perubahannya yang dikongsikan oleh Siti Norshafika.
Selain dari menggunakan limau nipis dan garam kasar, anda juga boleh amalkan beberapa lagi petua tradisional di bawah ini.
Belimbing buluh. Caranya sediakan sebiji belimbing buluh yang sudah masak dan dipotong dua. Kemudian gosok pada tumit yang merekah.
Ubat gigi. Tahukah anda ubat gigi pun boleh hilangkan tumit merekah. Caranya sapu ubat gigi pada tumit sebelum tidur. Buat macam krim. Amalkan setiap malam sehingga merekah hilang.
Betik Muda. Gosok betik muda pada tumit yang merekah lebih kurang 10 minit. Bila sudah kering, bilas dengan air biasa. Buat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
Asam gelugor + cuka. Ambil 4 keping asam gelugor dan 2 sudu makan cuka. Masukkan dalam besen yang kita isi air sejuk. Kemudian rendam kaki anda selama 10 minit. Kena buat setiap hari.
Bawang merah. Cara sama macam menggunakan belimbing buluh dan betik muda. Potong dua bawang merah, kemudian gosok pada tumit.
Selamat mencuba!
Image: Fimela.com |
0 Response to "Malu Sungguh! Macam Orang Tua Padahal Umur Baru 26 Tahun. Begini Cara Berkesan Hilangkan Tumit Merekah..."
Post a Comment