Panduan Makan Durian Yang Betul
AMARAN! sila abaikan muka retis kat bawah ni, gambar sekadar hiasan ok, tiada kaitan langsung dengan tajuk diatas.. kitaorang cuma nak promote durian je heheee...
Image: Myartis.com |
Sekarang ni musim durian di negara kita, maka ramai la 'hantu durian' berpusu-pusu ingin menikmati durian kegemaran mereka.
Penulis juga tidak mahu ketinggalan untuk menikmati klon durian kegemaranku iaitu Musang King, Mas Muar/ioi, Musang Queen, black thorn dan beberapa lagi jenama lain yang sedap!
Makan durian biarlah berpada-pada, jangan tak ingat dunia...ikuti garis panduan ini.
• Buah durian mengandungi bahan sulfur yang tinggi dan boleh menyebabkan sendawa yang kuat, kembung perut dan kentut yang busuk! uweek...tolong jangan sendawa dalam lift atau dalam kereta!
• Pesakit diabetis yang ingin memakan durian, beringatlah ye, anda tidak digalakan mengambil dalam kuantiti yang banyak, cukup ala kadar je.
• Durian mengandungi karbohidrat yang tinggi, iaitu gula dalam bentuk glokusa dan fruktosa. Jadi, tenaga yang berlebihan boleh menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat. Maka penyakit diabetis pun naik!
• Namun menurut kajian, pengambilan durian secara sederhana tidak memudaratkan tubuh malah dapat membantu menurunkan tekanan darah.
• Pesakit ginjal dan jantung juga tidak digalakan memakan durian yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan fungsi ginjal terjejas!
• Elakkan memakan durian yang banyak waktu malam kerana ia boleh menyebabkan anda tidak berasa selesa dan menyebabkan badan terasa panas! cukup makan beberapa ulas je...
• Elak pengambilan durian dengan banyak untuk pesakit diabetes.Makan durian boleh menyebabkan peningkatan gula dengan cepat.
• Lagi satu, tolong jangan makan durian sorang-sorang, penulis cadangkan supaya kongsi makan durian dengan kawan-kawan dan keluarga. Ini akan mengelakkan kita mengurangkan pengambilan durian.
• Bagi mereka yang sihat, memakan durian berlebihan mungkin tidak memudaratkan kesihatan tapi elakkan memakan dalam jumlah yang banyak dan kerap, contohnya makan waktu pagi, tengahari dan malam. Cukup sekali dalam sehari dalam kuantiti yang sederhana. Ini bagi mengelakkan sebarang penyakit timbul.
• Paling penting sekali ialah pastikan minum air kosong yang banyak selepas makan durian untuk mengurangkan rasa panas dan peningkatan gula dalam badan.
• Tolong elakkan makan durian bersama makanan tinggi gula dan karbohidrat seperti kek lain-lain! ini boleh menyebabkan peningkatan gula dengan cepat.
• Tolong jangan sesekali makan durian bersama dengan minuman bergas dan berkafien seperti cola, kopi dan teh kerana ia boleh menyebabkan rangsangan jantung dan boleh menyebabkan serangan jantung!
• Bagi anda yang makan ubat hospital, pastikan tidak memakan durian sejurus makan ubat, jarakkan lebih kurang sejam. Risau ia boleh menyebabkan masalah lain.
Akhir sekali, wajib buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun walaupun tidak mengalami sebarang penyakit. Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor!
Tak kiralah umur anda berapa, makan durian jangan ikut nafsu... ingat pesan ni... sekian dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP.
Sumber: Harian Metro
0 Response to "Panduan Makan Durian Yang Betul "
Post a Comment