Tolong Jangan Buang Biji Benih Lepas Makan Buah-Buahan, Jom Bantu Misi Penghijauan Dunia Untuk Generasi Akan Datang...
Salam dan hai buat rakan-rakan yang dikasihi sekelian...
Mohon forward dan membantu saya menghantar mesej ini kepada semua keluarga dan kawan-kawan anda yang lain supaya ia disebarkan, terima kasih.
Sekarang ni sudah bermula musim buah-buahan seperti mangga, durian, rambutan, langsat, duku, manggis, nangka dan lain-lain akan tiba.
Permintaan saya kepada kita semua adalah TIDAK membuang biji benih ini ke dalam tong sampah anda atau di tempat pembuangan sampah.
Tetapi sebaliknya membasuhnya, keringkan di bawah sinar matahari dan membungkusnya dalam plastik kemudian simpan di dalam kereta anda.
Setiap kali anda keluar rumah dan terjumpa tanah terbuka, sama ada dijalan kampung atau di lebuh raya yang kosong, buang biji-bijian ini.
Dia akan berkecambah dengan mudah pada musim monsun musim hujan yang sedang berlaku di negara kita sekarang.
Jika dengan tindakan sederhana ini, kita dapat menyumbang walaupun satu pokok setiap musim ke dunia yang kita tinggal, misi penghijauan bumi ini akan berjaya.
Kerajaan Thailand telah mempromosikan kaedah ini kepada semua warganegaranya sejak beberapa tahun yang lalu.
Banyak pegawai daerah disana telah menjalankan kempen ini secara agresif yang telah berjaya.
Bilangan pokok buah-buahan di kawasan tanah kosong dan terbiar telah tumbuh dengan banyaknya terutamanya di daerah Utara Thailand.
Mari, saya dan anda, kita semua sebagai rakyat Malaysia sama-sama sertai rakyat Thailand dalam inisiatif cemerlang ini untuk menyebarkan banyak sifat dan cara yang mudah namun berkesan ini
untuk menyumbang kembali kepada generasi kita pada masa hadapan.
Kalau bukan kita, siapa lagi? betul tak...
Selain bersedekah daripada hasil bunga dan buahnya, keseimbangan pengudaraan flora dan fauna juga turut terpelihara dan kita mendapat pahala.
Niatkan dalam hati kita untuk memberi sedekah kepada haiwan-haiwan hidup ciptaan Tuhan daripada biji benih yang kita tabur.
Sila sebarkan kepada kawan-kawan dan group2 anda yang lain.
Ikhlaskan dalam hati untuk bersedekah kerana sebaik-baik amalan bersedekah adalah amalan yang paling mulia yang dituntut Tuhan kepada semua kita. InShaaAllah, aamiin.
Terima kasihArie Yaacob kerana berkongsi idea ini kepada semua pembaca blog PSP semoga bermanfaat buat semua. Jangan lupa like page PSP untuk dapatkan banyak lagi informasi bermanfaat. Sekian...
0 Response to "Tolong Jangan Buang Biji Benih Lepas Makan Buah-Buahan, Jom Bantu Misi Penghijauan Dunia Untuk Generasi Akan Datang..."
Post a Comment