Petua Semulajadi Atasi Masalah Rambut Gugur Dengan Bunga Cengkih. Begini Caranya...

Kaum wanita dan masalah rambut gugur serta kelemumur memang tidak dapat dipisahkan. Masalah ini biasa berlaku terutamanya pada wanita yang bakal melahirkan bayi.

Pelbagai cara dan petua yang diamalkan untuk mengatasi masalah ini tapi petua yang dikongsi oleh Najwa Qadah ini rasanya agak berbeza dan lain dari yang lain.

Menggunakan petua daripada orang Arab, dia memasukkan beberapa biji bunga cengkih ke dalam syampu yang digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang dialami seperti rambut gugur, kelemumur dan rambut berminyak.

Tak kisah la apa jenama syampu anda pakai, amalkan petua ini setiap hari dan tengok hasilnya. Insyahallah amat berkesan.

Bagi yang nak mencuba, berikut adalah perkongsian Najwa.

"Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo dan selamat digunakan. Najwa dah kali kedua guna petua ni, memang puas hati. Alhamdulilah".

Selain merawat masalah rambut, bunga cengkih ini juga banyak kegunaannya dalam masakan.

Nak lebatkan rambut anak pun boleh dengan petua ini. Najwa beli shampoo ni untuk baby sebab anak-anak pun boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit hehe...

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan mengamalkan petua ini. Walaupun cuaca panas sekarang ni, Najwa tak rasa gatal-gatal lagi bila pakai tudung. Rambut kering tak dak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut pun tak banyak gugur. Petua ini Najwa tahu dari orang Arab.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page kami terima kasih.

0 Response to "Petua Semulajadi Atasi Masalah Rambut Gugur Dengan Bunga Cengkih. Begini Caranya..."

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel