Punca Daun Cili Menjadi Kerinting Dan Gugur & Cara Mengatasinya Dengan Semburan Racun Organik
Cili merupakan tanaman yang paling banyak di usahakan kerana mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Hampir semua menggunakan cili sebagai pelengkap dalam menu makanan.
Kebanyakan pengusaha menanam cili melalui kaedah fertigasi kerana hasilnya yang lebih banyak dan menjimatkan kos merumput dan meracun.
Bagi anda yang baru berjinak-jinak menanam cili, kawalan serangga adalah perkara yang harus di ambil perhatian. Cili mudah diserang penyakit jika tiada penjagaan yang rapi.
Berikut adalah 5 masalah utama penanaman cili dan penyelesaiannya.
1. Buah Busuk
Disebabkan oleh suntikan lalat buah, terdapat lubang sekecil jarum pada cili sebelum merah (masak), buahnya akan menjadi hitam dan busuk lalu gugur
Cara mengatasi
- Buang mana-mana buah yang busuk dan bakar
- Pasang pelekat kuning
- Pasang perangkap lalat buah
- Sembur racun organik awal pagi setiap hari
2. Bunga gugur
Disebabkan kekurangan baja dan air
Cara mengatasi
- Tunggu 2-3 kali pembungaan
- Pastikan peredaran udara lancar sekeliling pokok
- Siram secukupnya
- Baja secukupnya
3. Daun keriting dan luruh
Diserang semut dan kutu daun
Cara mengatasi
- Sembur dengan racun organik (Bawang putih + cili padi + minyak mambu (neem oil)
- Sembur dengan air minyak masak + sabun
- Sembur dengan air kunyit + kapur putih
Selain menggunakan racun serangga organik diatas, anda boleh guna racun kimia yang boleh dibeli di kedai pertanian. Namun saya sarankan untuk menggunakan racun organik kerana ianya lebih selamat dan mesra alam.
4. Semut hitam
Disebabkan oleh seranggan semut yang membawa virus pada daun cili dan boleh menyebabkan penyakit
Cara mengatasi
- Tanam bawang putih keliling pokok
- Sembur dengan racun organik (Bawang putih + cili padi + Minyak Mambu (Neem oil)
5. Pokok mati selepas berbunga
Benih diambil tidak berkualiti, terlebih siram dan tanah yang digunakan tidak sesuai
- Guna benih berkualiti
- Siram air secukupnya
- Guna media tanah yang sesuai
Sekian artikel ringkas saya malam ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan share terima kasih.
Image: Kebun Bandar |
0 Response to "Punca Daun Cili Menjadi Kerinting Dan Gugur & Cara Mengatasinya Dengan Semburan Racun Organik"
Post a Comment