Tak Perlu Naik Tangga Lepas Ini! Begini Cara Bungkus Buah Mangga Paling Mudah Tanpa Memanjat!

Musim buah mangga tidak lama lagi di tempat saya, area Kota Belud. Biasanya kalau tiba musim buah ini, berlambak buah mangga di Tamu Kota Belud setiap hari Ahad terutama mangga Wani. Mangga wani antara mangga kegemaran saya tapi kalau makan banyak rasa nak muntah sebab terlampau manis.

Mangga antara koleksi tanaman paling banyak di kebun saya, sebut sahaja mangga, semua ada seperti mangga Irwin, Mangga red Dragon, Mangga chokanan, mangga harum manis, mangga madu, mangga taiwan, mangga red star, mangga air, mangga udang, mangga lily, mangga manila, mangga putri, mangga epal, mangga apa lagi yang saya belum sebut.. oh ya, mangga kelapa, mangga mas hitam dan akan ditambah lagi dari masa ke masa.

Bayangkan jika semua berbuah, memang puas hatti nak makan yang mana satu.. semua jenis mangga ada, tujuan saya tanam sebenarnya untuk dijadikan pokok induk, tunas diambil dari pokok induk untuk proses cantuman menjadi pokok kawin.

Antara masalah mangga ni bila masak ialah ulat atau kami panggil simang akan menghuni dalam buah tersebut sebelum sempat dimakan. Diluar buah nampak cantik tapi bila dibuka kulitnya alamakk banyak giukkk!!

Antara kaedah penyelesaiannya ialah sembur dengan racun serangga, bakar daun di bawah pokok mangga setiap petang supaya asap akan menghalau serangga daripada memakan atau mengigit buah mangga tersebut.

Cara lain ialah bungkus dengan plastik supaya tidak dimakan serangga. Artikel kali ini saya kongsikan cara bungkus buah mangga yang belum masak. Cara ini amat memudakan anda untuk membungkus walaupun buah berada pada kedudukan yang tinggi.

Alat-alat yang diperlukan ialah getah, botol meneral terbuang, tali dan sebatang paip PVC. Ikuti langkah yang ditunjukkan dalam video di bawah.

Ikat dengan cable tie

masukkan lubang ke dalam paip pvc

masukkan getah seperti dalam gambar dibawah

masukkan plastik ke dalam botol dan masukkan buah mangga ke dalam

Tonton video di bawah dengan lebih jelas.

Video: ThaiTrick

Selamat mencuba! jangan lupa follow fb saya Donny Bin Ien dan like page Pertanian satu perniagaan.

0 Response to "Tak Perlu Naik Tangga Lepas Ini! Begini Cara Bungkus Buah Mangga Paling Mudah Tanpa Memanjat!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel