Cara Masak Lamang Terbaru Guna Tong Drum, Cepat Dan Senang Masak. Begini Caranya...
Lemang ialah sejenis masakan tradisi Melayu yang sangat istimewa dan digemari ramai. Apabila tiba hari raya, lemang adalah menu yang wajib ada untuk juadah keluarga. Lemang biasanya dimakan bersama serunding atau rendang.
Lemang dihasilkan daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam lubang buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar menggunakan kayu api sehingga masak. Berikut adalah cara biasa memasak lemang.
Bahan-bahan
1. 1 kilo beras pulut
2. 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh
3. Garam untuk penamba perisa
Cara penyediaan
1. Beras pulut dibasuh terlebih dahulu dan tuskan airnya.
2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam lubang buluh mengikut bulatan buluh.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam buluh.
4. Seterusnya masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut, jangan penuhkan buluh, tinggalkan ruang lebih kurang 2 inci
5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 10 minit perlu dibalik-balikkan supaya lemang masak sama rata.
6. Bakar selama lebih kurang satu jam.
7. Selepas itu lemang boleh dimakan pada bila-bila masa. Yummy!
Cara Masak Lamang Terbaru, cepat dan senang masak
Viral di laman sosial baru-baru ini beberapa keping foto cara terbaru memasak lemang menggunakan tong drum, katanya kaedah ini cepat dan senang memasak lemang.
Antara komen nitizen:
Juakhir Jupri - Tetbaiklah bro, tahniah diatas idea yg bernas lagi berfaedah buat semua , tk semuga allah permudahkan urusan kita semua, amin
Ayub Mechanical Facilitator - Terbaik. Saya punya 40 btg sekali masak
Muhammad Izdiharuddin Head Banger Jr. - Mmg kena cat warna merah, bru cepat masak lemang nye
Cat warna merah kat luar ja, kat dalam tidak perlu cat risau memudaratkan kesihatan pada masakan lemang nanti. Tujuan mengecat merah ialah supaya lemang cepat masak
Kredit image pada ownernya, admin tidak pasti siapa pemiliknya, apapun terima kasih berkongsi idea ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Bin ien
0 Response to "Cara Masak Lamang Terbaru Guna Tong Drum, Cepat Dan Senang Masak. Begini Caranya..."
Post a Comment