Panduan Menanam Tomato Melalui Biji Dalam Pasu Berbuah Lebat Dan Subur. Begini Caranya...

Tomato merupakan sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan cepat berbuah, ia adalah tanaman yang berbuah hanya semusim. Buah tomato boleh di beli di mana-mana pasaraya dengan harga yang murah.

Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, tomato mengandungi likopena yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.

Kandungan air yang tinggi lebih dari 90 % pada buah tomato menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang amat baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan kita ketika berdiet.

Korang kenalah rajin makan tomato kalau nak elak penyakit kanser ye...nak tanam pun tak susah, ikut je cara kat bawah ni. Korang tak perlu lagi beli kat pasar, jimat dan selamat duit poket korang!

Panduan Menanam Tomato Melalui Biji

Belah buah tomato kecil-kecil seperti gambar diatas

Letakkan sabut kelapa di bawah pasu atau tapak semaian untuk memudahkan air mengalir

Letakkan tanah kompos yang dicampur dengan sekam padi dan peatmoss

Letakkan hirisan tomato tadi keatas tanah

Timbus dengan tanah yang sama kemudian siram setiap hari

Selepas 15 hari, benih tomato dah mula bercambah

Pindahkan di pasu dan siram setiap hari, letakkan baja subur dan baja buah apabila pokok mula mengeluarkan bunga. Nak tanam terus di tanah pun boleh selain di pasu.

Image: Citygreens.in
Tonton video di bawah dengan lebih jelas

Video: Home & Garden

Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP, janganlupa like page kami dan follow fb Donny bin Ien

0 Response to "Panduan Menanam Tomato Melalui Biji Dalam Pasu Berbuah Lebat Dan Subur. Begini Caranya..."

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel