Petua Semulajadi Bunuh Cacing Dalam Badan, Tak Perlu Pergi Hospital Jumpa Doktor!
Cacing dalam badan biasanya berpunca dari pemakanan yang tidak bersih dan tercemar serta tidak mencuci tangan sebelum mengambil makanan. Faktor persekitaran juga boleh menyebabkan jangkitan cacing selain meminum air yang tidak dimasak.
Antara tanda-tanda seseorang yang dijangkiti cacing ialah gatal pada bahagian dubur atau ada cacing keluar dari najis, sakit perut, cirit birit, kembung perut, simbelit, Anemia iaitu kekurangan darah kerana cacing telah hisap darah kita, keletihan, kurang tumpuan, gelisah, demam, tiada selera makan, muka pucat, kurang berat badan, batuk berpanjangan dan mengalami asma sebab ada cacing dalam paru-paru.
Image: Imagespace.ru |
Biasanya seseorang yang dijangkiti cacing perlulah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat untuk membunuh cacing dalam badan. Ada banyak jenis ubat cacing yang terdapat di Pharmasi seperti Zentel dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami jangkitan cacing dan tidak ada ubat dalam tangan, anda boleh cuba amalkan petua-petua semulajadi yang saya perolehi melalui carian Google dan perkongsian rakan-rakan di Facebook.
1. Biji Betik
Buah ini mempunyai keupayaan yang kuat untuk membunuh cacing seperti cacing pita dan cacing dalam usus. Caranya, ambil sedikit biji betik dan tumbuk dengan lesung sehingga lumat. Kemudian bancuh dengan sedikit air dan ditelan. Amalkan setiap hari selama seminggu untuk membunuh cacing di dalam perut. Air rebusan daun betik juga mampu membunuh cacing dalam badan.
2. Bawang Putih
Ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Campur dengan air dan minum setiap hari selama seminggu. Boleh kunyah terus jika tahan baunya.
3. Lidah Buaya
Sediakan beberapa keping lidah buaya dan ambil lendirnya. Minum airnya atau dicampur dengan air selama seminggu
4. Nenas
Bromelain yang terkandung dalam buah nenas sangat bagus untuk menghapuskan parasit dalam badan. Amalkan memakan setiap hari untuk membunuh cacing dalam badan.
5. Habatussauda
Habatussauda merupakan makanan sunnah yang mengandungi banyak khasiat. Amalkan mengunyah beberapa biji setiap hari untuk membunuh cacing.
6. Biji Labu
Keringkan dahulu biji labu di bawah matahari sebelum dimakan seperti kuaci. Selain itu, anda juga boleh membeli biji labu organik yang terdapat kedai. Lebih mudah dan cepat.
7. Buah Delima
Buah ini mempunyai rasa yang manis dan masam serta mampu memusnahkan cacing dalam saluran usus.
8. Sayur-Sayuran
Sayur-sayuran berdaun hijau dengan kandungan nutrien yang tinggi dan probiotik membantu tubuh untuk menghilangkan toksin serta mencegah jangkitan cacing dalam badan.
9. Nangka / Cempedak Mentah
Ambil isi yang masih mentah dan makan selama seminggu untuk membunuh cacing dalam badan.
10. Buah Jambu Batu
Ambil buah jambu batu yang masih kecil dan makan setiap hari, ia mampu membunuh cacing dalam badan kerana bersifat pahit.
11. Petai Belalang
Rasanya yang pahit mampu membunuh cacing dalam badan, amalkan memakan selama seminggu
.
.
.
Antara petua lain yang dikongsikan oleh rakan-rakan di FB ialah memakan Sapai iaitu sejenis pokok yang pahit jika di minum air rebusannya. Memakan peria dan sayur pahit juga berupaya mencegah dan membunuh jangkitan cacing.
Jom amalkan petua-petua semulajadi diatas untuk mencegah dan membunuh cacing dalam badan serta Detox badan supaya sentiasa sihat dan bebas dari jangkitan cacing.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa like page PSP dan like fb saya Donny Bin Ien untuk dapatkan banyak lagi tips menarik.
0 Response to "Petua Semulajadi Bunuh Cacing Dalam Badan, Tak Perlu Pergi Hospital Jumpa Doktor!"
Post a Comment