Petua Nak Tahu Mana Satu Betik Betina Dan Jantan Dari Biji Sebelum Ditanam. Begini Caranya...

Betik merupakan buah-buahan tempatan yang senang di perolehi di mana-mana pasaraya. Betik ni ada banyak jenis, ada yang bulat dan panjang serta warna isinya. Betik Taiwan antara yang banyak dijual di pasaraya kerana tidak cepat rosak serta isinya berwarna merah.

Biasanya sebelum menanam betik, biji perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disemai di pasu atau tapak semaian. Bila sudah tumbuh lebih kurang 1 kaki keatas barulah boleh di pindahkan ke  tanah.

Betik yang tumbuh tidak semuanya berbuah, ada yang cuma mengeluarkan bunga sahaja. Tapi tahukah anda, ada cara nak mengenal mana satu benih jantan dan betina, iaitu dengan memilih warna pada biji betik tersebut.

Menerusi perkongsian Nitizen di Laman sosial, biji yang berwarna hitam biasanya betina dan yang berwarna putih adalah jantan. Cara ini sebenarnya sudah lama dipraktikan oleh petani sejak dahulu lagi.

Sebelum menyemai, asingkan biji yang berwarna hitam dengan yang putih sebelum disemai. Cara ini memang terbukti berkesan. Anda boleh cuba buat sendiri lepas ni.

Baca juga: Cara mengenal betik jantan dan betina melalui akar tunjang.

Image: Google.com

0 Response to "Petua Nak Tahu Mana Satu Betik Betina Dan Jantan Dari Biji Sebelum Ditanam. Begini Caranya..."

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel