Harga 'Cekik Darah' Tapi Isi Hampeh! Begini Tips Memilih Buah Durian Supaya Tidak Ditipu Penjual Yang Tidak Bertanggungjawab!
Image: Durian Kaki King |
Berikut adalah 10 tips untuk memilih durian yang baik dan tidak mengalami kerugian atau ditipu oleh sesetengah penjual yang tidak bertanggungjawab.
1. Bentuk bulat.
Durian yang berbentuk bulat mempunyai isi yang lebih banyak berbanding durian yang bentuk lonjong atau bujur.
2. Berat durian.
Kalau nak tahu, makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian tapi berat berbeza, ambil yang paling ringan. Kenapa? biasanya yang berat itu kemungkinan isinya sudah terlalu ranum dan mula berair, ataupun kulit lebih banyak berbanding isi.
3. Tangkai.
Lihat pada tangkai durian, jika ia pendek dan tebal, itu menandakan isi durian tersebut tebal dan lebih banyak. Perhatikan juga jika tangkai sudah kering atau terpotong atau Seeloknya jangan beli jika tidak ada tangkai. Biasanya durian sebegini diambil dan diperam sebelum buahnya gugur di tanah. Rasanya pun tidak berapa sedap berbanding yang jatuh sendiri. Saya selalu tekan guna kuku untuk pastikan tangkai lama atau baru.
4. Bunyi.
Nak tahu durian dah masak ke belum, cuba ketuk durian guna pisau atau kayu dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
5. Duri.
Pilih durian yang mempunyai duri pendek dan jarang, biasanya durian sebegini lebih padat dan banyak isi berbanding duri yang panjang.
6. Bau.
Cara biasa untuk pilih durian, sila hidu guna hidung dan cari yang berbau manis atau ada wangi durian masak. Jika langsung tidak ada wangi, durian belum masak sepenuhnya.
7. Juring
Durian berjuring lima paling cun untuk dapatkan isi yang besar dan banyak. Makin banyak juring, makin kecil isi durian tersebut.
8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek/pecah atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit, kalau ada tompok atau bintik-bintik hitam itu tanda isi dalamnya buruk, buah telah disengat dengan serangga buah sebelum masak.
9. Warna.
Lepas siap pilih durian yang terbaik, kalau boleh minta penjual tu belah durian tersebut untuk nak tengok isi dan juga keadaan isi. Kalau rosak atau berulat, boleh minta tukar. Kulit cantik dan berwarna kuning tak semestinya isinya kuning juga. Jangan tertipu dengan kecantikan luaran.
10. Musim.
Biasanya jika kita beli durian ketika musim panas/kering, isinya lebih cantik dan tidak berulat. Sebaliknya jika beli durian semasa hujan dan lembap, kadang-kadang takut terbeli durian yang 'dipulas ribut' atau isi berulat, berair, rasa tidak manis atau tawar.
.
.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membandu anda untuk pilih durian nanti. Nak beli durian ni, yang penting puas hati walaupun sedikit mahal berbanding beli yang murah atau rejek tapi tidak berbaloi.
Dah mula musim durian ni kat Sabah. Tempat korang macamana?
Image: Durian Kaki King |
0 Response to "Harga 'Cekik Darah' Tapi Isi Hampeh! Begini Tips Memilih Buah Durian Supaya Tidak Ditipu Penjual Yang Tidak Bertanggungjawab!"
Post a Comment