Panduan Asas Tanam Nenas MD2, Nenas Berkualiti Yang Mendapat Permintaan Tinggi Di Pasaran

Nenas MD2 merupakan komoditi ke dua tebanyak yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dalam dan luar negara. Jika anda perhatikan carta diatas, tanaman durian berada di tangga teratas dengan anggaran pendapatan RM155,000 untuk 1 hektar.

Nenas MD2 banyak ditanam di Semananjung Malaysia terutama di Johor. Namun di Sabah dan Sarawak, penanaman nenas ini masih kurang. Nenas MD2 mempunyai buah besar yang berbentuk silinder dan anggaran berat sebiji boleh mencecah 1.5-3kg jika mendapat penjagaan yang cukup.

Saya sudah menanam beberapa ratus pokok Nenas MD2 sejak tahun lepas, dan dijangka dapat menuai hasilnya beberapa bulan lagi. Target saya untuk tanaman nenas MD2 ini ialah untuk pasaran tempatan sahaja, selain itu sulur nenas juga boleh dijual untuk menambah pendapatan sampingan.

Artikel kali ini saya kongsikan panduan asas sebelum menanam sulur nenas. Masih ramai yang tidak tahu cara yang betul tanam nenas ni.

Ini sulur nenas yang saya order dari Kelantan, daun nya di potong supaya banyak muatan dalam satu kotak.

Sebelum menanam, daun yang kering haruslah di buka terlebih dahulu, tujuaanya supaya akar cepat keluar selepas tanam, jika tidak dibuka akar sukar untuk tumbuh

Ini sulur nenas yang saya sudah dibuka beberapa helai daunnya. Biasanya akar akan kelihatan mula keluar di celah-celah daun kering

Lihat beza sulur nenas yang belum dibuka dan sudah dibuka daunnya

Ada dua cara semai sulur nenas ni, sama ada anda boleh tanam terus di tanah ataupun semai di dalam botol yang berissi air, tunggu sehingga akar keluar, lebih kurang seminggu baru tanam di tanah.

Setelah seminggu, lihat akar sudah mula keluar, saya hanya menggunakan air biasa tanpa sebarang penggalak akar atau baja. Benih nenas ni sudah sedia untuk di pindahkan ke dalam pasu atau ke tapak tanaman.

Anda boleh tanam di dalam pasu, polybag atau bekas tayar terpakai. Pastikan siram setiap hari dan tabur dengan baja NPK 15:15:15 sekali dalam 3-4 bulan.

Nenas ini akan mengeluarkan buah sekitar 10 bulan, untuk menunggu buah matang kena tunggu sekitar 2-3 bulan lagi.

Ini antara tanaman komersial nenas MD2 yang diusahakan oleh sahabat saya di area Sem. Malaysia.

Harga bagi sebiji nenas MD2 sekitar RM8-10 bergantung pada permintaan pelanggan.

Bayangkan jika anda mengusahakan nenas MD2 dalam 1 hektar, kira-kira berapa pendapatan semusim?

Sekian saja artikel kali ini. Nantikan artikel seterusnya, saya akan kongsikan jarak dan jumlah sulur yang boleh ditanam serta potensi pendapatan nenas MD2 ni dalam 1 hektar. Stay tuned!

Pada pendapat saya, tanaman nenas terutama MD2 ini wajib ditanam memandangkan permintaannya yang tinggi, jika anda berminat dapatkan benih atau sulur nenas MD2 ini, boleh hubungi saya di talian 014-3016212 atau follow fb saya Donny bin ien.

0 Response to "Panduan Asas Tanam Nenas MD2, Nenas Berkualiti Yang Mendapat Permintaan Tinggi Di Pasaran"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel