Begini Cara Petani Thailand Tanam Kelapa Yang Sangat Tersusun & Anggaran Pendapatan Sebulan!

Kelapa merupakan tanaman yang semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan mahupun luar negara. Ia di tangga tiga terbesar pasarannya selepas tanaman Nenas MD2 dan durian Musang King di tempat pertama.

Kalau korang ada tanah yang luas, saya cadangkan tanam kelapa selain nenas dan durian. Antara kelapa yang diminati ramai ialah kelapa pandan kerana air dan isinya yang unik kerana wangi seakan daun pandan.

Jika di Thailand, kelapa ditanam dengan begitu rapi dengan sistem tanaman yang sangat tersusun,  sudah tentu hasil pulangan pun lumayan! Korang boleh lihat contoh gambar yang saya sertakan di bawah. Kalau di Malaysia, ada tak yang berani buat begini?

Berdasarkan perkongsian oleh Jago Nursery, berikut adalah anggaran pendapatan kelapa, contoh nya kelapa pandan.

Tinggi pokok 10 kaki anggaran, berbuah sekitar 3 tahun hingga empat tahun. Jangka hayat dalam lingkungan 25 tahun atau lebih bergantung pada penjagaan. Dalam setahun satu hektar kelapa pandan boleh menghasilkan buah sebanyak 28,000 hingga 30,000 ribu.

Manakala anggaran harga borong sebiji kelapa pandan ialah rm2.50 - rm3.00, untuk harga pasaran harga sebiji boleh mencecah rm5 hingga rm12 sebiji.

Andaikata 28,000 darab dengan rm3.00 sebiji = rm84,000 bahagi 10 bulan = anggaran pendapatan  adalah rm8,400 untuk sebulan. Lumayan tak? tepuk dada tanya selera.

Image: Ajoy Thiru fb

Saya ada jual bibit kelapa pandan dan mataq area Sabah.

Bibit mataq rm10/pokok

Bibit pandan rm15/pokok

Please Whatsapp 014-3016212 Don

Area kl wsap 0146697870

0 Response to "Begini Cara Petani Thailand Tanam Kelapa Yang Sangat Tersusun & Anggaran Pendapatan Sebulan!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel