Petua Merawat Osteoporosies (Tulang Reput) Dan Mengatasi Masalah Lemah Tenaga Batin Lelaki Dengan Ikan Puyu Chumphon

Ikan Puyu atau kami panggil ikan Karuk (panggilan nama di Sabah) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak walaupun berbadan kecil.

Ikan ini boleh bertahan hidup di daratan daratan tanpa air lebih dari 12 jam selain memiliki kemampuan merayap dengan menggunakan insangnya seumpama kaki yang lincah.

Di Indonesia, ikan puyu digunakan secara meluas untuk merawat dua penyakit yang sering dihidapi manusia iaitu masalah osteoporosies atau tulang reput dan mengatasi masalah lemah tenaga batin lelaki, menurut Presiden Persatuan Usahawan Penternak Puyu Kelantan (Pupuk), Mohd Izzat Mohd Zubir.

Mereka memproses tulang ikan puyu menjadi serbuk sebelum dibuat kapsul kerana dipercayai mampu menguatkan tulang dan merawat masalah tenaga batin lemah.

Di Malaysia, ikan puyu lebih terkenal sebagai makanan eksotik yang dimasak dengan pelbagai cara termasuk dijadikan pekasam selain digoreng.

Bagi mereka yang berminat untuk menternak ikan puyu, adalah disyorkan membeli baka Chumphon 1 yang diimport dari Thailand kerana baka jenis ini mempunyai rasa dagingnya yang lebih sedap dan lemak.

Spesies ikan ini juga boleh mencapai berat melebihi 0.3 kg seekor selain tempoh masanya tuaiannya yang lebih cepat membesar berbanding ikan puyu biasa.

Difahamkan, harga terkini ikan puyu hidup di pasaran dari baka Chumphon boleh mencecah RM20.00 sekilogram manakala harga benih ikan ini adalah 30 sen seekor.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page kami dan follow fb saya Donny Bin Ien.

.

Sumber asal dari fb Pendidikan Pemasaran FAMA Negeri Melaka

0 Response to "Petua Merawat Osteoporosies (Tulang Reput) Dan Mengatasi Masalah Lemah Tenaga Batin Lelaki Dengan Ikan Puyu Chumphon"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel