Penanam Labu Manis Raih Pendapatan RM30,000 Semusim
Di Malaysia, penanaman labu banyak diusahakan oleh petani ataupun dibantu oleh FAMA yang mampu memberikan peluang pekerjaan serta duit poket yang lumayan.
Contohnya, sebuah keluarga di kampung Berlis To Ku mampu meraih RM30,000 semusim iaitu kira-kira 75 hari atau 2 bulan lebih. Lumayan tak?
Harga sekilo labu dijual sekitar RM1.50 hingga RM3.00 sekilo. Keluarga ini menanam di tanah seluas 1.6 hektar dan semusim mampu memperolehi 20 tan labu.
Ada tak yang berani ambil peluang ini? pihak FAMA memerlukan sekurang-kurangnya 3,600 tan setahun.
Image: Berita harian |
Sumber: Berita harian
Cara yang betul dan mudah menanam labu di rumah
1. Beli sebiji labu di pasar dan keringkan bijinya sebelum ditanam.
2. Tanam beberapa biji labu kedalam tanah sedalam 1 inci, korang boleh tanam dalam pasu atau di batas
3. Apabila tanaman sudah mencapai 2-3 inci tinggi, tinggalkan 2 atau 3 pokok sahaja supaya tidak terlalu padat
4. Labu tumbuh subur walaupun ditempat yang agak redup atau tidak terkena cahaya yang tepat padanya. Pastikan sembur dengan racun lalat buah apabila labu mula berbuah sebesar ibu jari.
Selamat menanam labu!
Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi info pertanian.
0 Response to "Penanam Labu Manis Raih Pendapatan RM30,000 Semusim"
Post a Comment